04 September 2011

The Jungle Book

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kulit cetak timbul pada edisi MacMillan asli The Jungle Book, 1894, berhias seni lukis karya John Lockwood Kipling (bapa Rudyard)
The Jungle Book (1894) ialah sebuah koleksi cereka karya Rudyard Kipling, yang mula-mulanya diterbitkan dalam majalah pada tahun 1893–4. Hasil penerbitan asalnya mengandungi gambar ilustrasi, sesetengah darinya dilukis oleh bapa Rudyard, John Lockwood Kipling. Kipling lahir di India dan menghabiskan enam tahun pertama zaman kanak-kanaknya di situ. Selepas sepuluh tahun di England, beliau kembali ke India untuk bertugas selama enam tahun setengah. Kisah-kisahnya dikarang Kipling ketika di Vermont.[1]
Kisah-kisah dalam buku ini (dan juga susulannya The Second Jungle Book pada tahun 1895, yang merangkumi lima kisah tambahan mengenai Mowgli) merupakan cerita teladan yang menggunakan haiwan bersifat manusia untuk menyampaikan pendidikan akhlak. Contohnya, rangkap-rangkap dalam The Law of the Jungle menetapkan peraturan keselamatan individu, keluarga dan masyarakat. Kipling menulis segala yang diketahui, "didengari atau diimpikannya mengenai hutan rimba India."[2] Sesetengah pembaca pula mentafsirkan karya ini sebagai alegori politik dan masyarakat sezaman Kipling itu.[3] Kisah yang paling terkenal sekali adalah yang mengisahkan pengembaraan seorang kanak-kanak terbiar bernama Mowgli yang dibesarkan oleh sekawan serigala dalam hutan rimba India. Selain kisah Mowgli, tidak kurang dikenali juga kisah-kisah "Rikki-Tikki-Tavi" yang mengisahkan cerpelai yang sungguh berani, dan "Toomai of the Elephants" yang mengenai seorang jurulatih gajah yang muda. Kotick, The White Seal yang tercari-cari tempat perlindungan bagi kaumnya dari ancaman pemburu, dilihat sebagai metafora untuk Zionisme.[4] Seperti kebanyakan karya-karya Kipling yang lain, setiap cerita didahului oleh serangkap sajak, dan diakhiri oleh serangkap lagi pantun.
Disebabkan nilai-nilai murni yang diterapkan, The Jungle Book dijadikan buku motivasi oleh Pengakap Muda, iaitu bahagian kanak-kanak pergerakan Pengakap. Penggunaan unsur-unsur alam dalam buku ini mendapat kelulusan Kipling setelah menerima petisyen terus dari Robert Baden-Powell, pengasas pergerakan Pengakap yang pernah meminta izin Kipling untuk penggunaan Memory Game dari novel Kim bagi tujuan menaikkan semangat dan kesihatan belia golongan pekerja di kawasan bandar. Akela, ketua serigala dalam The Jungle Book, melambangkan tokoh senior dalam pergerakan pengakap, maka namanya dipakai oleh ketua setiap kawanan Pengakap Muda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar